Info TIENS . Latarbelakang Syarikat . Ibu Pejabat China Tiens Group Co. Ltd.
("Tiens Group"), telah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Mr. Li Jinyuan di Tianjin, China. Ia merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang meliputi bidang-bidang seperti bio teknologi, pendidikan, jualan runcit, pelancongan, kewangan, perdagangan antarabangsa dan E-perniagaan.
Tiens Group bermula memasuki pasaran antarabangsa pada tahun 1997. Kini, Tiens Group telah memasuki 190 buah Negara di seluruh dunia dan telah menubuhkan 110 cawangan di seluruh negara di samping mempunyai 50,000 francais dan menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan usahawan-usahawan terkemuka dari seluruh negara. Tiens Group menghasilkan produk seperti makanan kesihatan, penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan produk kegunaan isi rumah.
Tiens Group juga menyediakan pilihan gaya hidup berteraskan kesihatan, kebahagiaan, kecantikan dan kemewahan untuk 16 juta buah keluarga di seluruh dunia.
Kini, Tiens Group sedang berkembang dengan lebih pesat berdasarkan sistem pengurusan yang sistematik dan teori-teori terkini seperti Six-Network Interaction Theory, New Swap and Alternative Theory, New Supermarket Theory and Consumption Makes Wealth, Operation and Consumption Makes More Wealth, berhasrat menuju ke ara 500 syarikat yang terkuat di dunia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiH31l1hC8aHxqkAp4Ts8i3BCM1xdKqJb0yX79jEZzF1Amva8myF8ZqC61pgpynqibr-w_7Ufwqxjf4Wg6Cv1BX7yQ6yIJFn-ciHJVDLz8TSrVqCLPTm1fBvaQvASoo_9tku04UqbALGW-/s200/about_tu_3.jpg)