Produk

PRODUK : MAKANAN KESIHATAN

Mesra Pencetak
 PRODUK : PERALATAN KESIHATAN
PRODUK : BARANGAN RUMAH DAN PENJAGAAN DIRI
PRODUK : KOSMETIK DAN PELANGSING
MINYAK WANGI

SIRI MASK

XLIM PACK

SIRI PENJAGA KULIT GINSENG

Apabila anda merasai kekeringan pada permukaan kulit anda.

Pencemaran atau keburukan suasana persekitaran dan cuaca serta proses penuaan boleh mempengaruhi kapasiti kelembapan kulit di mana ianya menjadikannya semakin kasar. Kekeringan kulit akan menyebabkan ketegangan dan kulit terkelupas. Kombinasi kulit dan kulit yang berminyak akan kelihatan lebih berminyak pada permukaan luar kulit tetapi sebenarnya ia adalah kasar jika dilihat dengan teliti. Begitu juga kepada kulit yang sihat, ia akan juga menjadi sensitif pada masa yang akan datang.

Permukaan muka kelihatan tidak bermaya atau bersinar.

Disebabkan tekanan kerja, tahap kehidupan yang cepat, pencemaran persekitaran dan keletihan akan menyebabkan kulit tidak bermaya dan tidak bersinar. Walaupun dandanan mekap digunakan akan tetapi kulit masih kelihatan lesu serta tidak bermaya.

Kulit menjadi menggeleber / kendur dan kedutan pada kulit kelihatan.

Masa tidak menunggu sesiapa, metabolisma kulit akan menjadi kurang aktif selaras dengan usia kita yang makin meningkat. Akibatnya, penampilan kedutan dan kekeringan pada kulit makin kelihatan. Radikal bebas adalah sukar ditanggalkan secara berkesan dan lapisan demis tidak dapat dibekalkan dengan khasiat yang mencukupi melalui metabolisma. Tiba masanya untuk ”membekalkan” kulit anda dengan ”supplemen” kesihatan!

Ginseng: Tumbuhan penjagaan kulit untuk kerabat wanita cantik pada zaman purba.

Ginseng adalah sejenis tumbuhan di bawah pelindungan Negara China. Akarnya berasa manis dengan sedikit pahit dan lembut secara semulajadi. Ia mempunyai fungsi-fungsi seperti membantu dalam pernafasan, menggalakkan peredaran darah, menenangkan saraf dan memberi khasiat pada badan. Ia juga dikenali sebagai “Herba Raja”.

Pada zaman purba, di mana tiadanya bahan-bahan solekan atau bahan penjagaan kulit, wanita kerabat diraja akan menggunakan herba semulajadi seperti ginseng untuk menjaga kulit mereka. Ini kerana mereka mempercayai bahawa ginseng dapat membantu dalam melembut dan menghaluskan kulit supaya dapat menabat hati maharaja pada zaman purba.

Kini dengan kemajuan teknologi Nano, para profesional penyelidikan daripada Kumpulan Tiens telah mengekstrak molekul-molekul ginseng dengan kepekatan setinggi 90% daripada ginseng yang semulajadi, berkualiti tinggi dan dipilih dengan teliti, di mana ia ditumbuh di kawasan pedalaman Gunung Changbai. Dengan ini, khasiat semulajadi ginseng dapat diserapkan ke dalam kulit secara berkesan.

Ekstrak Ginseng : Fungsi yang paling hebat pada ginseng adalah anti pengoksidaan yang dapat mengaktifkan sel-sel untuk menjadikan kulit kelihatan lebih elastik dan bertenaga. Ia juga meningkatkan metabolisma kulit dan membantu menanggalkan bintik-bintik hitam serta mengembalikan kecerahan kulit supaya kelihatan lebih bersinar. Ia membantu menyeimbangkan kandungan kelembapan dermis, menahan kandungan air dan mencegah kulit daripada kehilangan elemen-elemen tersebut. Ia juga mengandungi faktor penumpuan semulajadi yang boleh memejalkan kulit supaya kelihatan lebih lembut serta licin.

Asid Hyaluronic: Ia adalah komponen utama pada tisu kulit dan punca tenaga untuk sel-sel kulit. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi untuk mengekalkan kelembapan, ia juga boleh mempercepatkan pembentukan sel-sel kulit serta kolagen untuk meningkatkan kelembapan dan kepejalan kulit.

Minyak Pati Camomile: Pati ekstrak dari bunga-bungaan di mana ia mempunyai kesan untuk menenangkan dan melicinkan kulit serta bersifat anti-kesensitifan. Ia juga mempertingkatkan kebolehan kulit untuk melawan kesan negatif daripada persekitaran luar.

Vttamin E: Ia membantu untuk melawan radikal bebas akibat dari udara kotor, gas yang tercemar, selaran matahari, pencemaran dan tekanaan serta mengekalkan fungsi utama sel-sel kulit dan melambatkan proses penuaan.

Vitamin B5: Ia memperbaiki dan membentuk lapisan pelindungan pada permukaan kulit dan menguatkan sistem pertahanan, mencegah kedutan, menumbuhkan semula sel-sel kulit, memperbaiki kualiti kulit supaya kulit anda lembut and bersinar.

Asid Amino semulajadi: Ia merupakan salah satu faktor pelembapan semulajadi yang utama. Ia juga adalah elemen penting dalam penghidratan lapisan kutikel / kulit ari, jadi kandungan asid amino boleh mempengaruhi keadaan kelembapan kulit .

Luffa cylindrical Semulajadi: Luffa cylindrical semulajadi membersihkan kulit secara lembut, mempertingkatkan metabolisma dan menanggalkan lapisan kulit ari yang lama untuk memudahkan penyerapan khasiat oleh lapisan kulit.

Glucan semulajadi: Ia membantu untuk mempercepatkan pembentukan kollagen dan elastin serta melambatkan proses penuaan. Ia juga membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit secara berkesan. Ia melegakan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan kulit.

Sesuai untuk:
  • 1. Orang yang mempunyai kulit yang kering
  • 2. Orang yang mempunyai kulit yang tidak bermaya dan warna kulit yang tidak selaras.
  • 3. Orang yang mempunyai kedutan kulit dan menggeleber/kendur
  • 4. Orang yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari dan memerlukan perlindungan daripada penuaan cahaya.
  • 5. Orang ynag inginkan kulit yang sihat, mempertingkatkan ketahanan kulit serta menguatkan kulit.
Penjagaan Kulit Gaya Klasik Timur, membelai kulit anda selembut kulit bayi.
Menjadikan kulit anda sentiasa muda, semuda usia 25

abcs