Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Filem Menebus Impian- dedikasi buat pejuang Unicore...






Buat anda di luar sana yang mempunyai impian, haruslah impian itu dicapai dengan segala bentuk usaha yang sungguh-sungguh..hidup penuh dengan penolakan, namun penolakan sebeginilah yang menjadikan kita lebih berani...sedangkan Tuhan sendiri berfirman, bahawa tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dirinya tidak diuji dengan sebarang bentuk ujian...wallahualam... jadi abaikan sahaja semua orang di luar sana yang negatif dengan diri dan impian anda... terus capai impian anda, dan buktikan kepada mereka....Insyallah, anda boleh...Go Success, go Freedom...

Bekerjasama Bukan Bergantung!!!

BAGI ANDA YANG MASIH TAK ADA MOTIVASI DIRI, RENUNGLAH KISAH INI DARI SEORANG YANG BERJAYA!!! JADIKAN IA SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT ANDA!!

Suatu masa dulu ketika bekerja di syarikat swasta, saya memang hanyalah pekerja biasa yang hanya melakukan kerja seperti mana diarahkan. Jika tiada sebarang kerja, apa lagi…macam korang semua la jugak! Mengular sana sini, bersembang, tertido (bukan sengaja nak tido, tapi dah bosan sangat sampai tertidur) dan seumpamanya. Tapi hidup saya berubah….. dengan kesungguhan saya menyertai MLM dan minat untuk berniaga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pendapatan saya masa berhenti kerja bukanlah dari bidang MLM tetapi dari hasil kerja saya sebagai seorang pelukis jalanan.


Saya keluar dari dunia pekerjaan dan tersentak dengan dunia perniagaan yang hampir saja membunuh cita-cita saya. Pelbagai andaian, kata-kata negatif dan cabaran dihempas ke atas diri ini. Tiada sokongan keluarga, tiada sokongan rakan dan tiada bukti kejayaan yang dapat saya jadikan tempat bergantung. Hanya satu kekuatan yang ada pada ketika itu iaitu motivasi. Saya menjadikan buku motivasi sebagai teman, seminar MLM sebagai tempat menimba ilmu, kata-kata semangat sebagai panduan dan doa sebagai tempat mengadu.

Pada suatu seminar MLM yang saya hadiri, saya tertarik dengan satu tajuk yang sehingga kini berjaya memberi perubahan besar dalam hidup saya. Tajuk itu ialah:

‘BEKERJASAMA BUKAN BERGANTUNG!’

Ya! Selepas itu barulah saya sedar…kenapa saya begitu lemah? Sebabnya saya ada mantaliti ‘bergantung’ kepada orang lain. Bergantung di sini antaranya bermaksud ‘berharap’ orang lain memberikan sokongan, projek, melindungi dan menjadi pelanggan. Perhatikan gambar di bawah:


Apabila kita bergantung kepada orang lain, kita memerlukan sokongan daripada mereka. Jika mereka lari dan meninggalkan kita, kita akan jatuh! Berbeza pula jika kita bekerjasama. Jika salah seorang dari kita jatuh pun, kita masih boleh berdiri. Jika tiada sebarang sokongan pun kita masih mampu bertahan!


Penerangan ini mudah, tetapi untuk melaksanakannya bukanlah perkara mudah seperti yang disangkakan. Apabila anda berusaha ke arah untuk bekerjasama, ramai orang tidak dapat bekerjasama dengan baik, ramai juga orang akan mula ‘bergantung’ kepada anda. Namun, apa yang perlu anda pegang ialah, anda perlu berdiri pada kaki sendiri. Biarlah orang lain tidak dapat bekerjasama dengan anda, biarlah orang lain ‘bergantung’ kepada anda, yang penting anda tidak ‘bergantung’ kepada orang lain dan anda boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Sebenarnya perkara ini tidaklah seringkas sepenulisan ini. Ia boleh dijadikan sebuah buku motivasi yang sangat tebal dan kalau anda perasan terdapat banyak buku motivasi tentang ‘team work’ yang membawa maksud yang sama dengan apa yang ingin saya sampaikan di sini. Bagaimanapun, tidak guna berceloteh panjang jika ia tidak diaplikasikan dalam kehidupan anda. Cubalah praktikkan ditempat kerja atau tempat belajar anda sekarang, jadilah orang yang sama-sama berusaha membangunkan syarikat selain melakukan tugas harian semata-mata. Seperti kata kartun Wonder Pet:



“APA YANG PENTING, BEKERJASAMA!”

Tak Pandai bukan Tak Boleh !!!

Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.

Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri.

‘Aku tak pandai laa..’

Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda kita. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tidak pandai, tetapi ia lebih bermaksud:

‘AKU MALAS LA…‘

Inilah signal yang kita hantar kepada minda kita semasa berkata kita tidak pandai. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang tidak boleh sebenarnya disebabkan kita MALAS!

Patut la Richard Melman berkata, Lawan kerja adalah malas! Baca petikan di bawah:

"Beberapa tahun dahulu saya telah ditemubual oleh seseorang yang menulis buku berkaitan usahawan. Dia bertanya kepada saya,

“Apakah lawan bagi perkataan kerja?”

Saya menjawab, – “Malas!”

Dia mula ketawa dan berkata,

“Percaya atau tidak, ramai usahawan menyatakan perkara yang sama!”

Orang biasa berfikir lawan bagi perkataan kerja adalah bermain, tapi bagi seorang usahawan, kerja itulah mainannya.

Richard Melman

Dari sini kita boleh fikirkan sendiri. Selama ini kita nampak banyak peluang di mana-mana, kita belajar pelbagai perkara, kita bercakap itu dan ini dengan orang, namun kita sering memberi alasan, ‘Aku tidak pandai!’

Sedangkan pada hakikatnya kita ‘boleh’! Cuma malangnya kita MALAS!

Ingin terus memberi alasan?

“Alasan Tetap Alasan Walaupun Ia Adalah Benar!”

Tahukah Anda

Memahami MLM yang sebenar.


MLM adalah satu kaedah pemasaran dan perniagaan yang dipandang negatif oleh umum. Tidak dinafikan ramai yang gagal di dalam MLM dan ramai juga yang berjaya di dalam MLM. Apakah punca sebenarnya yang membuatkan gagal di dalam MLM dan kenapa MLM dipandang sebagai perniagaan yang negatif oleh umum.

Ramai yang menjadi ahli MLM yang pada dasarnya berminat dengan pendapatan dan hadiahnya, tidak ramai yang memahami apakah kefamahan sebenar tentang MLM. Oleh kerana kurangnya tentang kefahaman tentang MLM ini akan mendorong kepada kegagalan, kerana tidak dapat bertahan lama di dalam MLM.

Saya ingin menceritakan apakah MLM itu negatif, ramai yang beranggapan bahawa MLM itu bukan jenis perniagaan, bagi mereka perniagaan adalah adanya kedai, tanpa kedai ianya bukan dipanggil perniagaan. Mari kita lihat perbandingan diantara MLM, membuka kedai sendiri dan bekerja dengan majikan.

Saya akan ambil satu contoh yang mudah, saya mempunyai modal sebanyak RM2000, saya tidak mempunyai pengalaman tentang perniagaan, saya mempunyai 2 pilihan sama ada untuk menjalankan perniagaan MLM atau membuka sebuah kedai Burger, saya mesti memilih antara satu dan membuat perbandingan mana yang lebih bagus.

Kedai Burger VS MLM

- Saya mesti mendapatkan lokasi yang sesuai jika ingin membuka kedai Burger supaya saya mudah untuk mendapat pelanggan. Di MLM tidak perlu untuk mencari lokasi yang sesuai kerana anda tidak memerlukan kedai, anda boleh membuat perniagaan anda dimana saja tanpa halangan sempadan.

- Burger tersebut mestilah mempunyai rasa yang sedap, untuk yang berpengalaman dan pernah menjual burger mungkin tidak begitu menjadi masalah untuk mendapatkan resipi yang bagus. Rasa yang sedap akan dapat menarik pelanggan. Di MLM anda tidak perlu untuk mencari resepi sendiri, syarikat sudah menyediakan produk dan anda perlu untuk mengkaji kualiti produk tersebut.

- Mungkin juga perlu mendapatkan Lesen dan ada juga yang perlu membayar sewa tapak jika Kedai tersebut menyewa di kedai restoran lain. Di MLM sesudah anda menjadi ahli anda akan terus mendapat lesen dan tidak perlu membayar sewa bulanan.

- Wang jualan harian perlu di buat modal pusingan untuk membeli barang perniagaan. Tiada modal pusingan di MLM, setiap keuntungan jualan akan terus menjadi milik anda.

- Sekiranya saya menutup kedai burger saya untuk beberapa hari mungkin atas alasan bercuti atau balik kampung saya akan mengalami kerugian untuk beberapa hari tersebut dan mungkin ada barang yang masih belum digunakan akan luput tarikhnya. Ini akan menyebabkan masalah kewangan pada akhirnya. Sekiranya saya dapat menyelesaikan masalah tersebut mungkin saja keuntungan yang saya dapat hanyalah sedikit. Berbanding dengan MLM tidak perlu untuk bekerja hari-hari, produk dan rangkaian tetap akan berjalan sekiranya saya bercuti, tidak perlu risau tentang pembaziran produk yang belum dijual kerana tarikh luputnya lebih lama. Malah keuntungan yang saya akan dapat lebih tinggi.

- Ini menunjukkan sekiranya saya membuka kedai burger mungkin saja saya akan menghabiskan waktu harian saya di kedai tersebut, dan pada akhirnya saya akan kehilangan waktu untuk rakan dan juga keluarga dan ini akan berlarutan untuk beberapa tahun, bergantung untuk selama mana saya bertahan. Hidup ini tidak seharusnya berakhir begitu mesti ada cara yang lebih bagus.

Bekerja dengan Majikan VS MLM

- Sekiranya saya bekerja di syarikat yang besar dan saya berpuas hati dengan gaji saya, saya menjangkakan saya tidak akan dibuang kerja dan syarikat saya tidak akan mengalami kerugian. Ini merupakan satu tanggapan yang salah, pada hari ini apa saja boleh terjadi kepada ekonomi dunia dan ianya juga akan memberikan kesan kepada kerja kita. Bila-bila masa saja kita boleh dibuang kerja.

- Saya seorang yang rajin dan bekerja dalam sektor kerajaan, gaji saya telah dinaikkan, tetapi tidak mungkin saya akan mewarisi dan saya tidak akan dapat mewariskannya kepada anak saya suatu hari nanti. Saya akan bekerja selama mana dan pada akhirnya akan mendapat pencen.

- Saya hanya akan dibayar sekiranya saya bekerja, sekiranya saya tidak bekerja disebabkan saya ada masalah yang membuatkan saya untuk bercuti mungkin saya tidak akan dibayar untuk cuti tersebut. Berbeza dengan MLM saya tidak akan terikat dengan sesiapa dan saya akan mendapat bayaran walaupun saya tidak bekerja.

- Cuba beritahu Bos anda yang anda ingin bercuti untuk 3 bulan dan masih ingin mendapat gaji. Adakah anda akan dapat? Di MLM anda anda mencipta “Residual Income”, dengan erti kata lain residual income sama seperti royalti dan hanya akan dinikmati oleh sesetengah pihak seperti: pencipta lagu, pelakon filem, pelabur…….. dan juga kepada mereka yang bejaya mewujudkan network marketing business.

Setelah membuat sedikit perbandingan diatas adakah anda melihat apa-apa yang negatif tentang MLM, terdapat banyak perbandingan yang lain yang menunjukkan MLM adalah satu perniagaan yang positif. Oleh itu sebelum anda memulakan apa-apa perniagaan kaji pernigaan anda, dan sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan MLM kaji dahulu syarikat tersebut dari segi Plan nya, hadiahnya, dan kekuatan syarikat. Di Tiens kami menyediakan "sistem sokongan" untuk anda yang akan membantu anda menjalankan MLM. oleh kerana kelebihan MLM ini saya memandang MLM sebagai satu perniagaan yang positif, saya tidak menjalankannya hanya atas sekadar ajakan rakan. Buka peluang anda.

Di Tiens kami membuka sebuah peluang perniagaan yang global kepada anda, dan kami membantu anda untuk mencipta "residual income" anda. Kami amat mengalukan kedatangan anda menyertai Tiens bersama group kami di Tiens Unicore.

Terima Kasih.

Mulakan Dengan Ceria

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ..

Mulakan kerja anda dengan ceria

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.

Mari kita renung-renungkan perkara ini ;
1.Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
2.Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
3.Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4.Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
5.Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
6.Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
7.Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
8.Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..

Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.
Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya. “Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

Berfikir dan berjiwa Besar

Percaya bahawa anda akan berjaya, anda pasti akan berjaya. Kejayaan seseorang itu ditentukan oleh cara pemikiran seseorang itu untuk berjaya. Cara untuk mendapatkan kejayaan adalah dengan percaya bahawa anda memang akan berjaya. Keraguan akan berjalan seiringan dengan kegagalan. Keraguan itulah juga satu kekuatan, tapi kekuatan yang diinspirasikan secara negatif..sebagaimana saat anda dipelawa hadir atau join dalam bisnes ini, anda berfikir bahawa anda tidak yakin dan tidak percaya bahawa anda boleh melakukannya,maknanya anda "ragu-ragu", mind anda dah menarik dalih untuk menyokong keraguan itu.

Keraguan, Ketidakpercayaan, kata-kata bawah sedar untuk gagal, perasaan yang masih sangsi,dan tidak bertanggunngjawab atas kegagalan merupakan satu sebab kenapa anda terus gagal!! berfikir ragu maka anda akan gagal. Orang yang ragu-ragu sukar untuk membuat keputusan dan sukar juga bagi dirinya untuk mendapatkan kejayaan. berfikir bahawa anda boleh berjaya dan akan berjaya,anda selangkah menuju kejayaan itu. Kepercayaan diri sangat berkait rapat dengan rassa penghargaan terhadap diri sendiri. setiap orang merupakan produk dari apa yang difikirkannya.   

Langkah pertama menuju kejayaan adalah dengan percaya kepada diri sendiri, percayalah bahwa Anda akan berjaya

3 panduan untuk mendapatkan dan mengukuhkan kekuatan diri.

1. Berpikir untuk berjaya, jangan berpikir gagal.

2. Ingatkan diri anda bahwa anda lebih baik dari apa yang anda ada kini. Orang yang berjaya hari ini hanyalah orang biasa yang telah mengembangkan kepercayaan kepada diri sendiri dan apa yang mereka lakukan.

3. Percaya pada hal yang hebat. Kecil dan besar kejayaan anda ditentukan oleh kepercayaan anda untuk berjaya.

Kekuatan Berfikir

Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan mahakarya. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikiran mereka. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan fikiran tersebut, sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman atau kebiasaan tertentu. Sehingga selama-lamanya kita tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang lebih bererti.

Disebabkan itu milikilah target yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih kuat untuk menghadapi segala dugaan dan tentangan yang ada.

Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dilaksanakan berulang kali, tanpa kita sedar bahawa kita sudah banyak melakukan perkara yang penting hinga kita tiba di satu zon baru, kita berhasil mencapai target yang diimpikan. Disebabkan hal yang demikian itulah dikatakan bahawa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam fikiran bawah sedar mereka. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui 2 cara, yaitu: autosuggestion dan visualization.

Autosuggestion

Keinginan-keinginan kita merupakan maklumat penting untuk fikiran bawah sedar kita. Sebab keinginan yang kuat dalam fikiran bawah sedar sangat besar dan dapat menjadi pendorong yang akan menggerakkan diri kita untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan dirakam dalam fikiran bawah sedar itulah yang dinamakan autosuggestion.

Autosuggestion seharusnya dilakukan dengan penuh rasa kepercayaan, melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh tumpuan terhadap objek yang positif, dan berulang kali. Seterusnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mengatur pergerakan tubuh kita untuk ke arah itu. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara automatik muncul dari pikiran bawah sadar.

Autosuggestion akan mengetuk kesedaran (heartknock). Disebabkan kita melakukan perbuatan itu berulang kali dan menjadi rutin, suatu ketika kata-kata tersebut akan menerobos fikiran bawah sedar kita. Lalu fikiran bawah sedar kita itupun akan mencambah semangat kita. Tenaga itu dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita.

Mungkin kegiatan autosuggestion ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam. rendahkan hati kita untuk mendengar pola pemikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan budaya-budaya yang cemerlang, optimis dan kreatif.

Ada 5 (P) petunjuk dalam melakukan autosuggestion, iaitu;

- Positive : pada saat melakukan autosuggestion, fikirkan hal-hal yang positif sahaja.
- Powerful : lakukan dengan penuh keyakinan agar dapat memberikan kekuatan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
- Precise : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat di susun secara kronologi atau teratur, kerana fikiran bawah sedar hanya dapat menyusun berdasarkan kategori.
- Present Tense: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.
- Personal : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih dahulu.

Visualization

Apabila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar kita akan menggambarkan apa yang diimpikan itu. Dengan cara mem"visualisasi"kan impian terlebih dahulu, terhasil banyak ciptaan-ciptaan hebat di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “A man’s life is what his thought make of it - Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”

Sesuatu yang selalu divisualisasikan manusia akan mudah dirakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan tubuh. Sehingga tubuh pun bertindak dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreatif atau tindakan. Memvisualisasikan impian memungkinkan seluruh impian tercapai oleh fikiran bawah sedar.

Allah menganugerahkan potensi yang sama besar kepada manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian. Berikut ini beberapa langkah dalam memvisualisasikan impian, iaitu:

1. Mendefinisikan impian

Mendefinisikan impian ertinya memberikan standard impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian seolah-olah anda sudah sepatutnya meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini memberikan kesan yang sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan cuba untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita.

2. Menentukan sasaran waktu

Dambakan impian itu tercapai seiringan target yang telah ditentukan, sebab impian tanpa sasaran waktu hanya akan menjadi mimpi sesaat. Impian dengan target waktu akan menggerakkan kesedaran untuk tidak segan melakukan perubahan. Maka mulakan dari sekarang, Be the best, do the best, and then let God take care the rest ?Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak digunakan sebaiknya.

3. Melakukan berulang-ulang

Melakukan ulangan ertinya meletakkan diri kita untuk sering ingat impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila pesanan sudah diterima oleh SCM (sub-conscience mind), maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif.

Jika impian lebih sering diimaginasikan ternyata dapat melipatgandakan kekuatan dari fikiran bawah sedar kita. Imaginasi yang diulang-ulang ini secara tidak langsung akan merangsang ilusi kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat manusia. Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang divisualisasikan. Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.*

Sumber: Kekuatan Fikiran Bawah Sedar oleh Andrew
abcs