Bekerjasama Bukan Bergantung!!!

BAGI ANDA YANG MASIH TAK ADA MOTIVASI DIRI, RENUNGLAH KISAH INI DARI SEORANG YANG BERJAYA!!! JADIKAN IA SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT ANDA!!

Suatu masa dulu ketika bekerja di syarikat swasta, saya memang hanyalah pekerja biasa yang hanya melakukan kerja seperti mana diarahkan. Jika tiada sebarang kerja, apa lagi…macam korang semua la jugak! Mengular sana sini, bersembang, tertido (bukan sengaja nak tido, tapi dah bosan sangat sampai tertidur) dan seumpamanya. Tapi hidup saya berubah….. dengan kesungguhan saya menyertai MLM dan minat untuk berniaga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pendapatan saya masa berhenti kerja bukanlah dari bidang MLM tetapi dari hasil kerja saya sebagai seorang pelukis jalanan.


Saya keluar dari dunia pekerjaan dan tersentak dengan dunia perniagaan yang hampir saja membunuh cita-cita saya. Pelbagai andaian, kata-kata negatif dan cabaran dihempas ke atas diri ini. Tiada sokongan keluarga, tiada sokongan rakan dan tiada bukti kejayaan yang dapat saya jadikan tempat bergantung. Hanya satu kekuatan yang ada pada ketika itu iaitu motivasi. Saya menjadikan buku motivasi sebagai teman, seminar MLM sebagai tempat menimba ilmu, kata-kata semangat sebagai panduan dan doa sebagai tempat mengadu.

Pada suatu seminar MLM yang saya hadiri, saya tertarik dengan satu tajuk yang sehingga kini berjaya memberi perubahan besar dalam hidup saya. Tajuk itu ialah:

‘BEKERJASAMA BUKAN BERGANTUNG!’

Ya! Selepas itu barulah saya sedar…kenapa saya begitu lemah? Sebabnya saya ada mantaliti ‘bergantung’ kepada orang lain. Bergantung di sini antaranya bermaksud ‘berharap’ orang lain memberikan sokongan, projek, melindungi dan menjadi pelanggan. Perhatikan gambar di bawah:


Apabila kita bergantung kepada orang lain, kita memerlukan sokongan daripada mereka. Jika mereka lari dan meninggalkan kita, kita akan jatuh! Berbeza pula jika kita bekerjasama. Jika salah seorang dari kita jatuh pun, kita masih boleh berdiri. Jika tiada sebarang sokongan pun kita masih mampu bertahan!


Penerangan ini mudah, tetapi untuk melaksanakannya bukanlah perkara mudah seperti yang disangkakan. Apabila anda berusaha ke arah untuk bekerjasama, ramai orang tidak dapat bekerjasama dengan baik, ramai juga orang akan mula ‘bergantung’ kepada anda. Namun, apa yang perlu anda pegang ialah, anda perlu berdiri pada kaki sendiri. Biarlah orang lain tidak dapat bekerjasama dengan anda, biarlah orang lain ‘bergantung’ kepada anda, yang penting anda tidak ‘bergantung’ kepada orang lain dan anda boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Sebenarnya perkara ini tidaklah seringkas sepenulisan ini. Ia boleh dijadikan sebuah buku motivasi yang sangat tebal dan kalau anda perasan terdapat banyak buku motivasi tentang ‘team work’ yang membawa maksud yang sama dengan apa yang ingin saya sampaikan di sini. Bagaimanapun, tidak guna berceloteh panjang jika ia tidak diaplikasikan dalam kehidupan anda. Cubalah praktikkan ditempat kerja atau tempat belajar anda sekarang, jadilah orang yang sama-sama berusaha membangunkan syarikat selain melakukan tugas harian semata-mata. Seperti kata kartun Wonder Pet:



“APA YANG PENTING, BEKERJASAMA!”
0 Responses

Catat Ulasan

abcs