Berfikir dan berjiwa Besar

Percaya bahawa anda akan berjaya, anda pasti akan berjaya. Kejayaan seseorang itu ditentukan oleh cara pemikiran seseorang itu untuk berjaya. Cara untuk mendapatkan kejayaan adalah dengan percaya bahawa anda memang akan berjaya. Keraguan akan berjalan seiringan dengan kegagalan. Keraguan itulah juga satu kekuatan, tapi kekuatan yang diinspirasikan secara negatif..sebagaimana saat anda dipelawa hadir atau join dalam bisnes ini, anda berfikir bahawa anda tidak yakin dan tidak percaya bahawa anda boleh melakukannya,maknanya anda "ragu-ragu", mind anda dah menarik dalih untuk menyokong keraguan itu.

Keraguan, Ketidakpercayaan, kata-kata bawah sedar untuk gagal, perasaan yang masih sangsi,dan tidak bertanggunngjawab atas kegagalan merupakan satu sebab kenapa anda terus gagal!! berfikir ragu maka anda akan gagal. Orang yang ragu-ragu sukar untuk membuat keputusan dan sukar juga bagi dirinya untuk mendapatkan kejayaan. berfikir bahawa anda boleh berjaya dan akan berjaya,anda selangkah menuju kejayaan itu. Kepercayaan diri sangat berkait rapat dengan rassa penghargaan terhadap diri sendiri. setiap orang merupakan produk dari apa yang difikirkannya.   

Langkah pertama menuju kejayaan adalah dengan percaya kepada diri sendiri, percayalah bahwa Anda akan berjaya

3 panduan untuk mendapatkan dan mengukuhkan kekuatan diri.

1. Berpikir untuk berjaya, jangan berpikir gagal.

2. Ingatkan diri anda bahwa anda lebih baik dari apa yang anda ada kini. Orang yang berjaya hari ini hanyalah orang biasa yang telah mengembangkan kepercayaan kepada diri sendiri dan apa yang mereka lakukan.

3. Percaya pada hal yang hebat. Kecil dan besar kejayaan anda ditentukan oleh kepercayaan anda untuk berjaya.
0 Responses

Catat Ulasan

abcs