Tak Pandai bukan Tak Boleh !!!

Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.

Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri.

‘Aku tak pandai laa..’

Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda kita. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tidak pandai, tetapi ia lebih bermaksud:

‘AKU MALAS LA…‘

Inilah signal yang kita hantar kepada minda kita semasa berkata kita tidak pandai. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang tidak boleh sebenarnya disebabkan kita MALAS!

Patut la Richard Melman berkata, Lawan kerja adalah malas! Baca petikan di bawah:

"Beberapa tahun dahulu saya telah ditemubual oleh seseorang yang menulis buku berkaitan usahawan. Dia bertanya kepada saya,

“Apakah lawan bagi perkataan kerja?”

Saya menjawab, – “Malas!”

Dia mula ketawa dan berkata,

“Percaya atau tidak, ramai usahawan menyatakan perkara yang sama!”

Orang biasa berfikir lawan bagi perkataan kerja adalah bermain, tapi bagi seorang usahawan, kerja itulah mainannya.

Richard Melman

Dari sini kita boleh fikirkan sendiri. Selama ini kita nampak banyak peluang di mana-mana, kita belajar pelbagai perkara, kita bercakap itu dan ini dengan orang, namun kita sering memberi alasan, ‘Aku tidak pandai!’

Sedangkan pada hakikatnya kita ‘boleh’! Cuma malangnya kita MALAS!

Ingin terus memberi alasan?

“Alasan Tetap Alasan Walaupun Ia Adalah Benar!”
0 Responses

Catat Ulasan

abcs