Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan mahakarya. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikiran mereka. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan fikiran tersebut, sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman atau kebiasaan tertentu. Sehingga selama-lamanya kita tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang lebih bererti.
Disebabkan itu milikilah target yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih kuat untuk menghadapi segala dugaan dan tentangan yang ada.
Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dilaksanakan berulang kali, tanpa kita sedar bahawa kita sudah banyak melakukan perkara yang penting hinga kita tiba di satu zon baru, kita berhasil mencapai target yang diimpikan. Disebabkan hal yang demikian itulah dikatakan bahawa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam fikiran bawah sedar mereka. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui 2 cara, yaitu: autosuggestion dan visualization.
Autosuggestion
Keinginan-keinginan kita merupakan maklumat penting untuk fikiran bawah sedar kita. Sebab keinginan yang kuat dalam fikiran bawah sedar sangat besar dan dapat menjadi pendorong yang akan menggerakkan diri kita untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan dirakam dalam fikiran bawah sedar itulah yang dinamakan autosuggestion.
Autosuggestion seharusnya dilakukan dengan penuh rasa kepercayaan, melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh tumpuan terhadap objek yang positif, dan berulang kali. Seterusnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mengatur pergerakan tubuh kita untuk ke arah itu. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara automatik muncul dari pikiran bawah sadar.
Autosuggestion akan mengetuk kesedaran (heartknock). Disebabkan kita melakukan perbuatan itu berulang kali dan menjadi rutin, suatu ketika kata-kata tersebut akan menerobos fikiran bawah sedar kita. Lalu fikiran bawah sedar kita itupun akan mencambah semangat kita. Tenaga itu dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita.
Mungkin kegiatan autosuggestion ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam. rendahkan hati kita untuk mendengar pola pemikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan budaya-budaya yang cemerlang, optimis dan kreatif.
Ada 5 (P) petunjuk dalam melakukan autosuggestion, iaitu;
- Positive : pada saat melakukan autosuggestion, fikirkan hal-hal yang positif sahaja.
- Powerful : lakukan dengan penuh keyakinan agar dapat memberikan kekuatan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.
- Precise : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat di susun secara kronologi atau teratur, kerana fikiran bawah sedar hanya dapat menyusun berdasarkan kategori.
- Present Tense: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.
- Personal : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih dahulu.
Visualization
Apabila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar kita akan menggambarkan apa yang diimpikan itu. Dengan cara mem"visualisasi"kan impian terlebih dahulu, terhasil banyak ciptaan-ciptaan hebat di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “A man’s life is what his thought make of it - Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”
Sesuatu yang selalu divisualisasikan manusia akan mudah dirakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan tubuh. Sehingga tubuh pun bertindak dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreatif atau tindakan. Memvisualisasikan impian memungkinkan seluruh impian tercapai oleh fikiran bawah sedar.
Allah menganugerahkan potensi yang sama besar kepada manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian. Berikut ini beberapa langkah dalam memvisualisasikan impian, iaitu:
1. Mendefinisikan impian
Mendefinisikan impian ertinya memberikan standard impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian seolah-olah anda sudah sepatutnya meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini memberikan kesan yang sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan cuba untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita.
2. Menentukan sasaran waktu
Dambakan impian itu tercapai seiringan target yang telah ditentukan, sebab impian tanpa sasaran waktu hanya akan menjadi mimpi sesaat. Impian dengan target waktu akan menggerakkan kesedaran untuk tidak segan melakukan perubahan. Maka mulakan dari sekarang, Be the best, do the best, and then let God take care the rest ?Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak digunakan sebaiknya.
3. Melakukan berulang-ulang
Melakukan ulangan ertinya meletakkan diri kita untuk sering ingat impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila pesanan sudah diterima oleh SCM (sub-conscience mind), maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif.
Jika impian lebih sering diimaginasikan ternyata dapat melipatgandakan kekuatan dari fikiran bawah sedar kita. Imaginasi yang diulang-ulang ini secara tidak langsung akan merangsang ilusi kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat manusia. Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang divisualisasikan. Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.*
Sumber: Kekuatan Fikiran Bawah Sedar oleh Andrew

Catat Ulasan